ETIKA DAN PANDUAN BERKONVOI DENGAN SELAMAT
ETIKA DAN PANDUAN BERKONVOI DENGAN SELAMAT
Aktiviti menunggang secara berkumpulan atau berkonvoi mampu memberikan kepuasan dan sememangnya menyeronokkan sekiranya dijalankan secara beretika dan tidak menimbulkan kontroversi ataupun bahaya kepada diri sendiri, peserta konvoi dan pengguna jalan raya yang lain.
Minggu ini penulis ingin berkongsi sedikit mengenai etika dan panduan berkonvoi melalui pengalaman penulis sendiri. Sedikit sebanyak dapat membantu dalam menambah pengetahuan sebelum anda menyertai konvoi.
1. SERTAI KURSUS LATIHAN
Sertai sebarang kursus yang berkaitan dengan aktiviti berkonvoi. Tidak kira sama ada anda memandu atau menunggang. Pengetahuan teori dan praktikal berkonvoi sangat penting dan berguna ketika anda menyertai konvoi yang sebenar.
2. PENGURUSAN MASA
Tiba awal ditempat permulaan. Dengan ini jadual perjalanan tidak akan terganggu, tidak tergesa gesa mengejar masa yang terlepas dan ini juga bermakna tunggangan akan menjadi lebih selamat. Ketibaan awal membolehkan peserta melakukan senaman ringan (stretching) dan membuat pemeriksaan secara serentak dengan peserta konvoi yang lain.
3. PEKA DENGAN ARAHAN
Sentiasa dengar dan peka dengan maklumat yang disampaikan oleh penganjur atau pihak marsyal ketika sesi taklimat diadakan. Ini sangat penting kerana segala tempat berhenti rehat, mengisi minyak, jarak tunggangan serta makan dan minum akan diberitahu ketika taklimat. Kefahaman mengenai perkara perkara itu dapat membantu memahami situasi yang akan ditempuhi semasa berkonvoi.
4. PAKAIAN YANG SESUAI
Pakaian hendaklah sesuai dengan cuaca dan mudah dilihat, kasut, sarung tangan, helmet, vest pantulan cahaya, bezakan vest yang dipakai oleh marsyal dengan peserta konvoi. Gunakan hanya helmet yang mendapat pengiktirafan SIRIM.
PATUHI UNDANG-UNDANG
Semua yang terlibat dengan konvoi sama ada marsyal, peserta mahupun penyelaras tidak dibenarkan sama sekali untuk menggunakan siren dan lampu amaran. Hanya pihak PDRM yang mengiringi konvoi tersebut sahaja yang berkuasa berbuat demikian, termasuklah menahan, mengalir dan mengubah lalu lintas bagi memberi laluan kepada pergerakan konvoi.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti berikut..
0 Ulasan